entri ni macam biasa je tapi mungkin agak sinis bila membaca.
setiap kali ada game mesti ada emo. percaya atau tak, terpulanglah kepada penilaian sendiri.
apa yang berlaku, tetap berlaku. kekeliruan makin kusut. ketamakan semakin rakus. kedengaran tetap lantang.
intro yang sgt panjang..hehe..ok terus kepada tajuk.
setiap kali game bola pasti FB dan Twitter sgt meriah.
"perang social networking" namanya. sana hentam sini. sini hentam sana. sana berpakat. sana membenci. sini menghina. sini mengutuk.
pelik tapi benar. tapi ini sudah tidak releven bila cakap pelik kerana ianya menjadi satu trend!
yang pasti ada yang main-main menghentam kromo. tapi ada jugak emo sampai ke sudah. tiada pengakhiran. entahlah.
bola sudah menjadi macam dewa. pantang dicaci dan dikritik. pantang dibual pantang dicabar.
terpesongkah akidah? persoalan yang sangat senang dijawab tapi sukar diluahkan.
yang penting ingat Allah. wallahualam.
No comments:
Post a Comment