Wednesday, October 12, 2011

ALYA

siapa Alya?

tiada siapa yang tahu...sejauh mana nama ini digunakan dalam dunia?siapapun tidak akan tahu..

berkacamata?bermata besar?berambut panjang atau pendek?tinggi atau rendah?juga tiada siapa yang tahu sejauh mana orang yang digambarkan itu.

aku lebih suka bercerita tentang perempuan. satu-satunya anugerah yang biasanya Allah akan suruh kaum Adam menjaganya dengan baik, mendidiknya dengan baik, mengasihinya dengan baik..terfikirkah tentang itu?

mungkin dunia fikir sebaliknya. tapi adakah kita sedar?mungkin jugak tidak.

Allah mengasihi makhlukNya. kita lahir dari rahim Mak kita.. sedarkah kita bahawa Mak kita adalah wanita. mungkin sebelum kita lahir, kita dikurniakan Allah seorang kakak. sedarkah kita bahawa kakak itu juga adalah wanita. itu lebih erat dan dekat kerana sedarah sedaging!

maka, lebih enak dan manis bila kita bercakap tentang wanita. tentulah yang baik-baik sahaja. siapa lagi yang boleh mententeramkan kaum Adam kalau bukan kaum Hawa?bukankah begitu?

balik semula pada topik. Alya!

Alya, terpanggil jugak untuk tulis tentangnya dalam blog ini. mungkin saat ini ceriteranya lain berbanding yang lepas-lepas. tidak salah bercerita tentang orang selagi kita tidak mengaibkannya.

Alya juga banyak membuatkan aku ternanti-nanti. ternanti-nanti, apakah ayat pertamanya,ayat keduanya dan semua ayatnya.. semuanya menjadi rutin aku untuk menjadikannya satu buku yang tiada titik. sememangnya tiada penghujung.

tidak mahu bercerita panjang. yang penting seringkas nama Alya.

No comments:

Post a Comment