Tuesday, December 16, 2008

Rahsia Membaca Surah Yassin - buat kawan-kawanku

BACALAH YASIN (Tapi wajib bertajwid & mengikut adabnya) RASULULLAH
s.a.w telah bersabda yg bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yg dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yg ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yg telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yg dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yg sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati & hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yg suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa & meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan & turut
menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yg suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya &
dimasukkan ke dalam kubur dgn rasa bahagia & tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian & dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan & diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yg meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yg munafik.

1 comment:

  1. baek sgt baek ;)

    smoge cpt la baek dr saket tuhh ek dear

    mmmuah~

    ReplyDelete