THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM
Anda mungkin tidak mempercayainya,tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA
Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya,kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata,"Aku Cinta Padamu",maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan,"Maaf",tenunglah matanya.
KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat,bertengkarlah secara aman.Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian,janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri
Rasa hormat kepada orang lain
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts
Saturday, December 27, 2008
Friday, December 19, 2008
Ujian HIV untuk bakal pengantin 2009
Peraturan yang mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani ujian saringan HIV, akan dikuatkuasakan di semua negeri di Semenanjung, mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata saringan itu akan dijalankan ketika bakal pengantin mengikuti kursus pra perkahwinan.
"Langkah ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kes HIV, terutama di kalangan wanita yang kini menunjukkan peningkatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Aids di bangunan Parlimen, semalam.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turut turun padang untuk berjumpa penagih dadah dalam usaha mengurangkan kes jangkitan HIV.
sumber : berita harian 19 dis 2008

Subscribe to:
Posts (Atom)